
eh ? tirai Ramadhan dah nak tutup dah . sedih kan ? syaitooon pun dah nak keluar dari jail dan yang paling paling penting tak ada lah offer yang awesome dari Maha Pencipta lagi . bukan senang Allah nak offer sebegitu rupa cuma hamba hambaNya sahaja tak pandai mengambil kesempatan .
Ya Allah , aku mohon maaf atas segala salah silap aku yang pernah aku lakukan sebelum ini sehingga pada saat ini . aku hambaMu yang tak lari dari melakukan dosa .
Syawal datang mengintai . maknanya RAYA tiba lagi ? alhamdulillah , aku berkesempatan juga menyambut raya tahun ni . bersyukur sangat aku masih diberi peluang untuk menebus dosa dosa yang lalu . Amin :3
raya tahun ini , baju aku warna Green . Green like Grass . haha :) tak macam rumput sangat pun tapi lebih kepada kobis bunga . haehh -..- but sokay , lawa tetap lawa .
dengan peluang yang ada ni , aku ingin memohon berjuta juta maaf atas segala salah silap aku kepada semua umat islam . aku tahu aku banyak buat jahat dari buat baik kan ? ya aku tahu tu . dan disebabkan itu lah aku nak minta maaf . aku janji aku akan berubah walaupun tak seratus peratus tapi sikit sikit pun jadilah kan ? janji aku berubah juga . hahaha :)
HAPPY EID MUBARAK . assalamualaikum ^^
Eyza Comel ? puii